Saturday, 29 July 2017

Resepi puding oreo milo "wannacry"

Nama resepi kemain 'hipster' sebab baru viral katanya. Sebenarnya resepi puding macam ni dah lama kalau tak silap. Aku 1st time makan masa tahun 2013 kawan aku bagi. Sedap!
Dah dekat 4 tahun baru teringin nak try buat tu pun sebab dah viral hehe.
Meh aku share resepi sebelum aku sendiri pun lupa step2 nye. Next time kalau nak buat boleh refer kat sini je.

Bahan-bahannya:-
  1. 1 paket agar-agar tali (aku guna brand Kijang beratnya 30g)
  2. Air 1500ml (ikut sukatan pada paket agar-agar korang tau)
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair
  5. 2 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 cawan serbuk milo
  7. 1 paket biskut oreo @ cream-o pun bolehh sama je rasa dia

Cara-caranya :-
  1. Basuh dan toskan agar-agar tali. Nak lagi senang rendam dengan air panas sekejap supaya senang cair nanti. 
  2. Sementara tu didihkan air, dah mendidih masukkan agar-agar tersebut.
  3. Bila dah cair, masukkan gula.kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan susu cair. Dan susu pekat manis.
  5. Tutup api. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan serbuk milo ke dalam bahagian pertama, kacau sehingga tidak berketul. Kemudian bahagikan kepada 2 bekas A dan B.(aku buat dua bekas acuan)
  7. Masukkan milo bekas A dahulu. Sejukkan sekejap. Nak cepat letak dalam freezer sekejap dalam 3-4 minit. 
  8. Kemudian bila puding tadi dah keras keluarkan dari freezer kemudian cucuk-cucuk dengan garfu supaya senang melekat.
  9. Tuang bahagian susu pulak, kemudian patah-patahkan biskut oreo dan susun sesuka hati.biar biskut tu agak2 tenggelam.
  10. Masukkan balik dalam freezer dan ulang balik seperti langkah 8. 
  11. Kemudian bila dah keras cucuk-cucuk sama macam tadi jugak dan kemudian tuang baki bekas B pulak.
  12. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller je. Orang tua pun suka apetah lagi anak-anak confirm suka!
  13. Agak-agak dah betul keras baru potong. 
Sepatutnye bahagian putih tu lagi banyak, tapi aku main tuang je x sukat pakai bekas pun, main cedok2 je tu yang saiz ketebalan dia tak sama tu. καΗ καΗ καΗ😆😂  #lantakDiSitu janji sedap. Hehhee..


No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts