Tuesday, 23 May 2017

Hubby sakit mata


Assalamualaikum & salam sejahtera dear bloggers.

Ada yang rindu aku ke? :D
So far alhamdulillah kami baik-baik je.
Lama menyepi sebabnye line tak berapa okey untuk berblogging,
Tapi aku cuba jugak untuk tulis blog ni. Sebab rindu weh...rindu nak membebel dalam blog cabuk ni haa..err..tak kesahlah kalau xde yang nak bace pon...hihi..

Perkembangan semasa..?
Nanti-nantilah aku share satu persatu..insyaallah..hehe
tak janji..tapi niat tu ade..
tapi so far biasa-biasa je..tak de yang special ataupun best-best yang nak dikongsikan.. :)

Alang-alang mood rajin nak menulis hari ni..
Meh la nak citer sikit..
Hari ni aku temankan hubby ke klinik.
Actually dia baru je balik semalam dari tugas operasi kat Perak.
{nak citer pon sedih...agak lama jugak la dekat 16 hari jugak aku jadi single mom with two kids} 
huhu kecoh la..16 hari je pun..
tu pon nak sedih ke? 
err of coz la hokey..
aku tak suka berjauhan ngan hubby. 
Walaupun dah biasa berjauhan {maksimum penah berjauhan dengan dia baru 1 bulan je..kihkihkih...} 
tapi aku still tak SUKA...huhu..

Nak kata manja..memang tak la...
aku boleh je survive sorang2 handle anak2
..tapi,,,
still tak suka berjauhan lama-lama ni coz tak de HERO by my side..
& aku rasa tak selamat kalau dia tak de. 
Ye lah ape pun boleh jadi dengan izinNya dan tak bermaksud kalau hubby ade takkan ade jadik ape2 yang  kat kami,
tapi sekurang-kurangnya dia ada bersama-sama aku time tu dan bukan aku bersendirian kat tempat orang..
huhu..mintak jauh..
nauzubillahiminzalik..

Berbalik cerita kat klinik tadi, 
sebenarnya walaupun dah nak masuk 6 bulan kitaorang pindah putrajaya ni bab-bab nak kenal dan hafal jalan masih lagi 30% kot.
 hubby okey sikit sebab dia banyak keluar dengan kawan-kawan ofis dan jugak geng bola dia.
 aku ni, 100% la harapkan apps waze semata-mata kahkahkkah..

SO kemain lagi aku waze klinik kesihatan, 
Sebab tak nak pegi Hospital serdang coz parking susah sikit..ramai orang..
dan waze tu bawak kitaorang ke klinik paling dekat dengan ofis iaitu presint 14 putrajaya. 
dalam 8km gitu je dari IOI resort ni. 
 alhamdulillah sampai la kitorang kat sana.

Klinik tu kecik je,
 tapi okey la sebab tak ramai sangat..
tapi mengantuk jugak aku menunggu. 
Nasib baik jugaklah boleh  bercinta la sekejap dengan hubby, 
kata dah lama tak bercinta kan..hahha...

Hubby masuk sorang je dalam bilik doktor tu, 
then x lama pastu keluar dengan bawak surat cuti sakit. 
Katanya doktor pun x nak pandang mata dia takut berjangkit jugak ke...huhu..

Hopefully aku dan anak-anak tak berjangkit la..
dulu aku penah da sakit mata..
masa tu aku sekolah rendah kalau tak silap..
sakit jugak nak-nak time sujud dalam solat tu peehh terasa jugak la senak-senak mata tu..
kepala pun kadang-kadang pening..

Get well soon ye sayang..

Sempat la snap snap gambar sekeping dua ketika bosan menunggu. :)


No comments:

About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts