Friday, 8 September 2017

Bahagia itu subjektif

Ya, sama macam aku.
Cukuplah kalau dapat tengok dan buat orang rasa bahagia. 
Walau pun sedikit je sumbangan kita, kadangkala nampak macam kecil,
 tapi bila orang dah happy dengan setiap perbuatan kita tu. 
Bertambah-tambah happy lagi diri ni sendiri. 
:)


Ibu kucing anak 4 ni. 




Anak-anak yang tak ingin berpisah dari ibunya. 



Baru 1 bulan usianya. 



Y so cute?



Comel sangat anak-anak kucing tu


Alhamdulillah ada juga yang sudi menjadi tuan baharu. :)


Aku bukan si peminat kucing, tapi tak bererti aku si pembenci kucing. 

Wednesday, 23 August 2017

Bekal @ Bento

Assalamualaikum..hi korang..

Sejak dua tiga menjak ni aku boleh dikatakan hari-hari jugaklah bekalkan makanan untuk anak-anak syurga aku untuk bawa ke taska. Yes, anak-anak syurga aku sekarang dah duduk kat Taska berdekatan dengan rumah sewa kitorang tu jugak.  [al-kisah kenapa hantar anak-anak ke taska tu nanti one fine day aku cerita okeh.]

Yang buat aku makin rajin buat bekal @ bento [bahasa Jepun kalau tak silap] ni sebabnye si adik lah yang kuat sangat makan. Bila aku sembang-sembang dengan pengasuh kat taska tu dia ada sebut yang anak aku dik haseef ni kuat makan, dan selalu je tolong habiskan makanan bekalan kawan-kawan dia. err apekah...tebal jugak lah muke aku ni kan. ekceli bs tu tak de la niat nak malukan aku dia just cerita yang anak aku memang kuat makan. Sebab aku yang tanye anak aku makan banyak ke sikit ke..semua mak nenek jugak lah aku tanye {kalau tak terkejar masa aku lebih suka bertanyakan perkembangan anak-anak..normal la kan..aku rasa semua parents yang hantar anak kat orang lain memang macam ni kot..}

So start hari tu aku dah berniat aku akan cuba bekalkan apa-apa je untuk anak-anak aku bawa ke taska, walaupun hanye beberapa potong buah-buahan. Taska tu awal-awal memang dah pesan tak bawa bekal pun tak pe, tapi bila dah anak ko kuat makan, datang jugak la rase segan tu kalau asyik nak kena tolong habiskan bekalan anak-anak orang lain kan. heheh..

makanya..ibu sedaya upaya cuba bekalkan sesuatu..tak de lah makanan berat sangat pun..yang ringkas-ringkas dan senang je..kekadang roti, buah, biskut, cekodok..

kena susun jadual cantik-cantik sikit untuk selesakan diri.

Ibu cuba k sayang...

Maaf ibu bukan super Mom... =(


Antara gambar yang ada dalam koleksi telefon hari ni. Ada yang dah kena transfer masuk dalam laptop dan ade jugak yang tak sempat nak snap (sebab terkejar-kejar masa..hisshh asyik lewat je...)

Roti sapu butter coklat je pon!




saje tulis nama, senang nanti bs nak ambik letak dalam bag anak-anak petang nanti



Cekodok dinosour kecik-kecik



Gambar beberapa minggu lepas, aku masukkan bekal dalam bakul kecil tu je


tengoklah si adik, suka sangat pakai kasut besar..


Semoga ibu makin dapat jadi ibu yang berjaya urukan rumahtangga..kihkihkih...

Bye..c u next time..





Tuesday, 8 August 2017

SERBA SALAH

Assalamualaikum..salam sejahtera.

Kadang-kadang berdiam lebih baik.
tapi macam mana kau nak berdiam kalau orang asyik bertanya.
Yang bertanya satu hal. DIRI kau sendiri tu!
Perasaan tuh akan rasa serba serbi tak kena.
Rasa bersalah. Rasa tak bertanggungjawab.
Semua bercampur-baur.

Hal ni kalau tak berkaitan dengan kesihatan,
aku akan cuba usahakan jugak.
Tapi ni melibatkan kesihatan.
Cuba sehabis baik pun memang tak boleh.

Biarlah orang nak cakap kau PENTINGkan diri ker..
SENGAJA NAK LARI dari tanggungjawab ke..
NAK LEPAS TANGAN ker..
NAk MENGULARR ke...
(tau tak mengularr tu ape? hehe)

Time aku sakit..
ada ke ko datang tolong jagakan anak-anak aku..
ada ke ko datang tolong cuci kain baju kat rumah aku..
ada ke ko datang tolong bagi makan dekat aku ngan anak-anak aku..
tak de pun kan..

so baik ko diam je.
Bersyukurlah ko sihat sempurna.
Tak diuji dengan masalah kesihatan.
Tu je nak cakap.

Aku ni kalau aku sihat aku join je mana-mana program,
Sebab aku suka.
Benda-benda leceh pun aku suka.
Benda-benda memenatkan pun aku suka.
TAK MENJADI MASALAH langsung buat aku.

Tapi tu lah..KITA PUN TAK SANGKA BILA KITA AKAN DIUJI...



#respect

Monday, 31 July 2017

Kek pisang paling Moist



Setakat ni la..
Sebelum ni pernah jugak try buat hasil google resepi. 
Malangnya tak pernah nak sama dengan kek pisang yang beli dekat kedai. 
Selalu ada je kekurangan, bantat lah, terlebih keras, tak masak pun pernah tau!
Sampai satu tahap rasa menyampah betul dengan diri sendiri. Rasa tak nak buat kek dah!
Tapi tetap buat jugak. Sebab suka. 
Lepas buat, frust. Gitu lah selalunya ending citernye.
okey



 kali ni betul-betul menjadi. 
Walaupun rupa buruk, sedap tu ada lah.
Hihihi.
Next time kena pakai resepi ni je. 
Cuma kena study lagi macam mana nak dapatkan rupa kek yang cantik.



Hmm. Tetiba rasa nak masuk kelas buat kek. 
Hopefully tercapai dulu dalam mimpi kejap lagi ni.

Resepinya esok lah akak update ye untuk  next entry. 
Dah mengantuk giler ni. Nite korang. Muah! 


Sunday, 30 July 2017

Nasi arab di Saba Restaurant, cyberjaya.

Dah lama tahu kewujudan restoran Makanan arab yang famous ni tapi lepas berpindah ke Putrajaya bulan 11 tahun lepas kami tak sempat lagi nak jelajah tempat-yempat makan yang teringin nak makan tu. Entah la memang spesis aku ni jenis Tak bernafsu sangat... atau tak Be-ria sangat,,..sebab bagi aku se-femes mana atau se-viral mana sesuatu tempat tu kalau pergi ke tak pergi ke biasa-biasa je.., pergi pun tak pe. Tak pergi pun tak pe. Entah lah aku ni jenis tak kesah mana pun! Kalau nak cerita lari topik pulak, next entry okeyy..

Al-kisah ter-keluar makan dekat restoran nasi arab Saba ni pun sebab kakak ipar aku (kakak sulung kepada mat cah) dia sekeluarga datang holiday kat sini sesambil ada keje diorang sikit. Sebelum ni dah banyak kali plan nak datang ziarah kami kat sini tapi asyik ada je halangannya. Nak dijadikan cerita jadi jugak la kali ni. 

So kakak la yang rindu dekat nasi arab saba tu. Coz sebelum ni dia keje dekat putrajaya memang selalu ke sana. Dah transfer ke kelantan tak de dah cawangan saba kat sana. Sesekali datang sini wajib lah makan kat saba kan. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

So kitorang yang newbies ni follow jugak la boleh la merasa sedap sangat ke nasiknye tu kan. Sebelum ni penah la makan nasi arab, dekat sabah dulu selalu jugak pegi satu restoran yang famous jugak la mashawi Grill namanya..memang sedap giler harga pun berpatutan. 
Malas nak tulis panjang-panjang, makanan memang sedap-sedap. korang tengok je la gambar-gambar yang berjaya di snap Oleh camerawoman yang tak berapa nak camerawoman ni. ╫℮╫℮╫℮╫℮ ヅ 🙈 

Haruslah wefie dulu dalam kereta! 

Tq baba, ummi, anati, ammar, & arrwa Khalis love you all.



Daddy's little daughter 

Ayong @ Nurul Anati Khalis yang sangat comel. Baru 5 tahun.
Bakhlava namanya manis letinggg sorry kalau typo, malas nak google..

Sesekali datang sini okey la tapi kalau tiap2 bulan nak makan ni je botak la kepala laki ko mak! Bagi aku sedap jugak la..tapi ekceli biasa-biasa je menu nye. Sedap lagi mashawi grill kat kota kinabalu sabah.  Tapi lain orang lain seleranya kan. Atas pendapat masing-masing okey.

P/s :- Sedap lagi nasi berlauk pagi rm2.50 sebungkus  yang abah mertua aku selalu beli kat tendong pasir mas tu 😂😆ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚ dasar tekak melayuuuu!!!!

Saturday, 29 July 2017

Resepi puding oreo milo "wannacry"

Nama resepi kemain 'hipster' sebab baru viral katanya. Sebenarnya resepi puding macam ni dah lama kalau tak silap. Aku 1st time makan masa tahun 2013 kawan aku bagi. Sedap!
Dah dekat 4 tahun baru teringin nak try buat tu pun sebab dah viral hehe.
Meh aku share resepi sebelum aku sendiri pun lupa step2 nye. Next time kalau nak buat boleh refer kat sini je.

Bahan-bahannya:-
  1. 1 paket agar-agar tali (aku guna brand Kijang beratnya 30g)
  2. Air 1500ml (ikut sukatan pada paket agar-agar korang tau)
  3. 1/2 cawan gula
  4. 1 tin susu cair
  5. 2 sudu besar susu pekat manis
  6. 1 cawan serbuk milo
  7. 1 paket biskut oreo @ cream-o pun bolehh sama je rasa dia

Cara-caranya :-
  1. Basuh dan toskan agar-agar tali. Nak lagi senang rendam dengan air panas sekejap supaya senang cair nanti. 
  2. Sementara tu didihkan air, dah mendidih masukkan agar-agar tersebut.
  3. Bila dah cair, masukkan gula.kacau sehingga hancur.
  4. Kemudian masukkan susu cair. Dan susu pekat manis.
  5. Tutup api. Bahagikan kepada 2 bahagian.
  6. Masukkan serbuk milo ke dalam bahagian pertama, kacau sehingga tidak berketul. Kemudian bahagikan kepada 2 bekas A dan B.(aku buat dua bekas acuan)
  7. Masukkan milo bekas A dahulu. Sejukkan sekejap. Nak cepat letak dalam freezer sekejap dalam 3-4 minit. 
  8. Kemudian bila puding tadi dah keras keluarkan dari freezer kemudian cucuk-cucuk dengan garfu supaya senang melekat.
  9. Tuang bahagian susu pulak, kemudian patah-patahkan biskut oreo dan susun sesuka hati.biar biskut tu agak2 tenggelam.
  10. Masukkan balik dalam freezer dan ulang balik seperti langkah 8. 
  11. Kemudian bila dah keras cucuk-cucuk sama macam tadi jugak dan kemudian tuang baki bekas B pulak.
  12. Simpan dalam peti sejuk bahagian chiller je. Orang tua pun suka apetah lagi anak-anak confirm suka!
  13. Agak-agak dah betul keras baru potong. 
Sepatutnye bahagian putih tu lagi banyak, tapi aku main tuang je x sukat pakai bekas pun, main cedok2 je tu yang saiz ketebalan dia tak sama tu. ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚  #lantakDiSitu janji sedap. Hehhee..


Friday, 28 July 2017

Welcome google Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak ada apa sangat nak dikongsi. 

Cuma nak cerita pasal google adsense dah start live kat blog suam suam kuku akak ni je. 😂😆ÎșαΗ ÎșαΗ ÎșÎ±Î—đŸ˜†đŸ˜‚  

Hopefully akak akan update blog ni tiap2 hari lah gamaknye. Nak jugak merasa hasil google adsense tu mana tau dapat beli ipong 8 pulak nanti. Muahahahaha 😅 

Bagi yang tak tahu apa tu google adsense boleh je google nanti banyak keluar post2 berkenaan google adsense ni. Pendek kata kalau ko rajin update blog, makanya masyuk gak la sebabnye payment nanti dalam USD. Tapi kena gigih la ye kalau suam suam kuku kecik akak ni tak tahu lah masyuk ke idokk.. hihihi..

Thursday, 6 July 2017

NASI KAK WOK BF, SELERA ORE KELATE

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran..
Selamat hari raya aidilfitri daku ucapkan buat rakan-rakan semua.
Mesti dah ramai yang berpuasa enam kan? tak kurang jugak yang puasa ganti terus. Sebab kebanyakan orang akan ambil peluang laksanakan terus dalam bulan syawal ni supaya mood nak berpuasa tu masih ada, pahala pun berganda, in shaa ALLAH. Nanti kalau dah lama tak puasa nak start balik tu yang agak mencabar sikit kan.
Sama lah dengan aku. Tapi aku baru puasa 2 hari (start hari selasa dan rabu - semalam)
Hari ni ingat nak puasa jugak tapi haseef kurang sihat malam tadi dia batuk dan muntah masa tengah tido, habis bersepah baju aku dan katil. Risau jugak aku kot-kot dia demam petang nanti, harap-harapnye dia okey la.
Pagi tadi dah terlambat pegi kerja sebab memang terbangun lambat, malam tadi pun pukul berapa je kitorang baru boleh tidur. mesej dengan bos-bos mintak masuk lambat sikit. Alhamdulillah dapat bos-bos (a.k.a bos number 2) yang baik hati, memahami & sporting. :)
sebelum masuk ofis singgah beli nasi bungkus dekat dengan kawasan rumah sewa aku.
Nasi berlauk ayam cincang ataupun lebih dikenali dengan nasi kak wok boleh didapati di restoran Nasi Kak Wok BF, Bandar Putra Permai.
Harga RM5.00 sebungkus.
Recommended. Antara nasi2 Kak wok kat tempat lain yang aku pernah try kat sini la bagi aku setakat ni yang kena dengan anak tekak selera kelate kitaorang laki bini ni hehe. 
Nak kata sedap sangat macam original kak wok yang dekat Lundang Koa Bharu Kelantan tu memang tak lah. Tapi boleh dah la bagi kiteorang yang sentiasa mengidamkan masakan-masakan ala kelantan ni hehe..
yang berminat nak try nasi ni boleh search dekat :-
INSTAGRAM : @nasikakwokbf 
 WAZE : NASI KAK WOK BF , BANDAR PUTRA PERMAI , SERI KEMBANGAN.

Posing Koya Setelah sekian lama tak update blog. hehe..
p/s : entri ni tidak berbayar tapi seikhlas hati daku post sempena bulan syawal yang mulia ini. :)

Thursday, 25 May 2017

LONTONG




Sarapan pagi ni..
Lontong mama Jam...
Sedapp,,boleh order lagi..RM2 je sebekas ni..


Kalau x selfie tak sah!
(ade saya kesah?)
:D



Tuesday, 23 May 2017

Hubby sakit mata


Assalamualaikum & salam sejahtera dear bloggers.

Ada yang rindu aku ke? :D
So far alhamdulillah kami baik-baik je.
Lama menyepi sebabnye line tak berapa okey untuk berblogging,
Tapi aku cuba jugak untuk tulis blog ni. Sebab rindu weh...rindu nak membebel dalam blog cabuk ni haa..err..tak kesahlah kalau xde yang nak bace pon...hihi..

Perkembangan semasa..?
Nanti-nantilah aku share satu persatu..insyaallah..hehe
tak janji..tapi niat tu ade..
tapi so far biasa-biasa je..tak de yang special ataupun best-best yang nak dikongsikan.. :)

Alang-alang mood rajin nak menulis hari ni..
Meh la nak citer sikit..
Hari ni aku temankan hubby ke klinik.
Actually dia baru je balik semalam dari tugas operasi kat Perak.
{nak citer pon sedih...agak lama jugak la dekat 16 hari jugak aku jadi single mom with two kids} 
huhu kecoh la..16 hari je pun..
tu pon nak sedih ke? 
err of coz la hokey..
aku tak suka berjauhan ngan hubby. 
Walaupun dah biasa berjauhan {maksimum penah berjauhan dengan dia baru 1 bulan je..kihkihkih...} 
tapi aku still tak SUKA...huhu..

Nak kata manja..memang tak la...
aku boleh je survive sorang2 handle anak2
..tapi,,,
still tak suka berjauhan lama-lama ni coz tak de HERO by my side..
& aku rasa tak selamat kalau dia tak de. 
Ye lah ape pun boleh jadi dengan izinNya dan tak bermaksud kalau hubby ade takkan ade jadik ape2 yang  kat kami,
tapi sekurang-kurangnya dia ada bersama-sama aku time tu dan bukan aku bersendirian kat tempat orang..
huhu..mintak jauh..
nauzubillahiminzalik..

Berbalik cerita kat klinik tadi, 
sebenarnya walaupun dah nak masuk 6 bulan kitaorang pindah putrajaya ni bab-bab nak kenal dan hafal jalan masih lagi 30% kot.
 hubby okey sikit sebab dia banyak keluar dengan kawan-kawan ofis dan jugak geng bola dia.
 aku ni, 100% la harapkan apps waze semata-mata kahkahkkah..

SO kemain lagi aku waze klinik kesihatan, 
Sebab tak nak pegi Hospital serdang coz parking susah sikit..ramai orang..
dan waze tu bawak kitaorang ke klinik paling dekat dengan ofis iaitu presint 14 putrajaya. 
dalam 8km gitu je dari IOI resort ni. 
 alhamdulillah sampai la kitorang kat sana.

Klinik tu kecik je,
 tapi okey la sebab tak ramai sangat..
tapi mengantuk jugak aku menunggu. 
Nasib baik jugaklah boleh  bercinta la sekejap dengan hubby, 
kata dah lama tak bercinta kan..hahha...

Hubby masuk sorang je dalam bilik doktor tu, 
then x lama pastu keluar dengan bawak surat cuti sakit. 
Katanya doktor pun x nak pandang mata dia takut berjangkit jugak ke...huhu..

Hopefully aku dan anak-anak tak berjangkit la..
dulu aku penah da sakit mata..
masa tu aku sekolah rendah kalau tak silap..
sakit jugak nak-nak time sujud dalam solat tu peehh terasa jugak la senak-senak mata tu..
kepala pun kadang-kadang pening..

Get well soon ye sayang..

Sempat la snap snap gambar sekeping dua ketika bosan menunggu. :)


About Us

We sell creative goods all over the internet. Welcome to our website, we hope you enjoy our products.

Labels

Popular Posts